BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Salam Pembuka Kata



Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung blog warisan.,

Blog warisan ini dibina oleh anak kelahiran pantai timur, mendapat pendidikan awal di Terengganu dan kemudian menyambung pelajaran di negeri dibawah bayu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Pembangunan Belia dan Komuniti). Minat yang mendalam dalam sebagai seorang guru adalah untuk melihat warisan anak bangsa tidak terus leka dengan cabaran dunia hari ini dan kini saya sedang menuntut dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2009/2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris program kaunseling. Insyaallah bakal bergelar warga pendidik.

Blog warisan ini dibina adalah bertujuan untuk pengkongsian maklumat serta pandangan daripada semua pengunjung berkenaan sosial remaja kita hari ini. Besar harapan saya ingin melihat remaja kita hari ini tidak terus hanjut dalam masalah sosial. "bak kata pujangga, jika kau ingin melihat warisan kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja kita hari ini" dan saya berpegang kepada prinsip jatuh bangun sesuatu bangsa terletak pada bahu setiap remaja kini.. Betul atau tidak?