BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Salam Pembuka Kata



Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung blog warisan.,

Blog warisan ini dibina oleh anak kelahiran pantai timur, mendapat pendidikan awal di Terengganu dan kemudian menyambung pelajaran di negeri dibawah bayu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Pembangunan Belia dan Komuniti). Minat yang mendalam dalam sebagai seorang guru adalah untuk melihat warisan anak bangsa tidak terus leka dengan cabaran dunia hari ini dan kini saya sedang menuntut dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2009/2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris program kaunseling. Insyaallah bakal bergelar warga pendidik.

Blog warisan ini dibina adalah bertujuan untuk pengkongsian maklumat serta pandangan daripada semua pengunjung berkenaan sosial remaja kita hari ini. Besar harapan saya ingin melihat remaja kita hari ini tidak terus hanjut dalam masalah sosial. "bak kata pujangga, jika kau ingin melihat warisan kepimpinan masa hadapan, lihatlah remaja kita hari ini" dan saya berpegang kepada prinsip jatuh bangun sesuatu bangsa terletak pada bahu setiap remaja kini.. Betul atau tidak?


Wednesday, November 18, 2009

SERIBU JALAN, SEJUTA ALASAN


“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”

Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka. Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah

Apa nak buat nie?
Di mana aku letak duit aku tadi?
Boleh bayar guna kad kredit tak?
Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
Hutang dululah. Kemudian baru bayar.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.

Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya mungkin seperti di bawah:
Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya. A lebih senior. A lebih berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan cadangan tersebut.
Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.


"When the going gets tough, the tough gets going"

Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu. Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dankayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu. Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasabelajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda……

That is the work of Allah in our lives

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan . His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Papa, I try to read the Quraan just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quraan do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Papa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Quraan. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."